Soalan Lazim
Soalan yang Selalu Ditanya
In English
Idaman Creative Studio builds fast, mobile-friendly websites for small businesses across Malaysia. Landing page RM299, business website RM799, online store RM1,299, each with the first year's hosting included; you buy and own your domain. Renewal is RM150 a year. We also build custom software for businesses (internal systems, web apps and phone apps), priced by scope with a free quote, and offer company profile design and Google Business Profile setup. Message us on WhatsApp to get started.
Apa itu domain dan hosting?
Domain ialah alamat website anda, contohnya namabisnes.com. Hosting ialah tempat website disimpan supaya boleh dibuka 24 jam. Hosting tahun pertama sudah termasuk. Domain anda beli sendiri atas nama anda, biasanya sekitar RM50 hingga RM100 setahun, jadi ia milik anda sepenuhnya. Saya beri panduan langkah demi langkah untuk menyambungkannya. Belum mahu beli domain? Website boleh guna alamat percuma dahulu.
Berapa kos selepas tahun pertama?
RM150 setahun. Ini meliputi hosting, sijil keselamatan (SSL) dan sehingga 2 pindaan kecil sebulan, contohnya tukar harga, nombor telefon, waktu operasi atau gambar. Pindaan kecil yang sama juga termasuk sepanjang tahun pertama. Halaman baru atau reka bentuk semula dicaj berasingan. Pembaharuan domain dibayar terus oleh anda kepada syarikat domain.
Kalau saya tidak mahu sambung selepas tahun pertama?
Tiada masalah, website itu milik anda. Saya serahkan semua fail website dan bantu pindahkan ke hosting atau developer pilihan anda, tanpa caj. Anda bebas menyelenggara website sendiri atau melalui developer lain.
Saya tiada logo atau gambar profesional. Boleh?
Boleh. Gambar dari telefon pun sesuai. Saya bantu pilih, potong dan susun supaya nampak kemas.
Boleh website saya muncul di Google?
Ya. Saya sediakan SEO asas dan daftarkan website anda di Google Search Console. Pakej Website Bisnes dan Kedai Online juga termasuk Google Business Profile. Kedudukan di carian bergantung pada persaingan, jadi tiada sesiapa boleh menjamin tempat pertama.
Bagaimana cara bayaran?
Secara online dengan FPX melalui ToyyibPay, kad debit/kredit melalui PayPal, atau pindahan bank dan DuitNow. 50% deposit sebelum kerja bermula, dan baki 50% sebelum website dilancarkan. Semua pautan ada di halaman bayaran.
Untuk kedai online, ada caj lain?
ToyyibPay mengenakan caj kecil bagi setiap transaksi, dibayar terus kepada mereka. Akaun didaftarkan atas nama anda dan saya bantu prosesnya.
Boleh guna gateway bayaran lain selain ToyyibPay?
Boleh. Pakej Kedai Online termasuk ToyyibPay (FPX dan kad). Jika anda mahu gateway lain seperti Stripe, Billplz, senangPay atau CHIP, contohnya untuk GrabPay, Alipay atau kad dari luar negara, tambahan RM200 sekali bayar. iPay88 dan Razer juga boleh jika anda sudah ada akaun yang diluluskan. Setiap kedai menggunakan satu gateway. Akaun gateway didaftarkan atas nama anda, dan caj transaksi dibayar terus kepada gateway.
Bisnes saya jauh dari anda. Boleh?
Boleh. Semua urusan dibuat melalui WhatsApp, jadi saya boleh bantu bisnes di seluruh Malaysia.