Contoh Website · Bisnes Rekaan · Dibina oleh Idaman Creative Studio

Dapur ManisKek & kuih buatan rumah

Bakeri rumah · Tempah & bayar online

Kek dan Kuih Buatan Rumah, Tempah Terus Online.

Semua dibakar bila dipesan, guna mentega tulen dan resipi keluarga. Pilih dari menu, bayar dengan FPX atau kad, dan kami hubungi anda untuk tarikh ambil atau penghantaran.

  • Tempah 2 hari lebih awal
  • FPX & kad
  • Ambil sendiri atau dihantar

Cara Pesan

Tiga Langkah, Tanpa Perlu Tunggu Balasan.

  1. 1

    Pilih

    Pilih kek atau kuih dari menu dan tekan Beli. Tulis nota jika mahu tulisan atas kek atau ada permintaan khas.

  2. 2

    Bayar Online

    Bayar dengan FPX (online banking) atau kad debit/kredit melalui ToyyibPay. Resit dihantar terus ke emel anda.

  3. 3

    Kami Hubungi Anda

    Kami WhatsApp anda dalam masa 24 jam untuk tetapkan tarikh ambil atau penghantaran.

Ambil & Penghantaran

Ambil Sendiri, atau Kami Hantarkan.

Kek dan kuih perlu ditempah sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal. Tempahan untuk majlis besar, sila WhatsApp dulu.

Ambil Sendiri

Ambil di dapur kami pada tarikh yang dipersetujui. Alamat penuh dan pin lokasi dihantar selepas pembayaran.

Percuma

Penghantaran Tempatan

Kami tempahkan penghantaran p-hailing ke kawasan berdekatan. Kek dibungkus dalam kotak bertapak supaya tidak bergerak.

Caj Ikut Jarak

Pos Seluruh Malaysia

Biskut raya dan kotak hadiah boleh dipos. Kek dan kuih tidak dipos kerana mudah rosak dalam perjalanan.

Dari RM10 Sekotak

Waktu Ambil

Selasa – Jumaat
11 pagi – 6 petang
Sabtu & Ahad
9 pagi – 4 petang
Isnin
Tutup (hari membakar)

Soalan Lazim

Sebelum Anda Tempah

Berapa awal saya perlu tempah?

Kek: sekurang-kurangnya 2 hari lebih awal. Kuih: 1 hari lebih awal. Biskut raya dan kotak hadiah dihantar ikut stok semasa. Untuk tarikh yang sangat penting, tempah lebih awal supaya slot tidak penuh.

Boleh tulis nama atau ucapan atas kek?

Boleh, percuma. Tulis ayat yang anda mahu dalam ruangan nota semasa menekan Beli, contohnya "Selamat Hari Jadi Ibu". Maksimum 25 huruf supaya kemas.

Bagaimana cara bayar? Selamat ke?

Bayaran dibuat melalui ToyyibPay, gerbang pembayaran Malaysia. Anda boleh pilih FPX (online banking) atau kad debit/kredit. Kami tidak melihat atau menyimpan maklumat bank atau kad anda.

Boleh tukar tarikh atau batal pesanan?

Tukar tarikh boleh dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tarikh ambil. Pembatalan selepas bahan dibeli tidak dapat dipulangkan wang, tetapi boleh ditukar kepada kredit untuk tempahan seterusnya.

Tempahan untuk Majlis atau Doorgift?

Untuk kenduri, hari jadi atau doorgift lebih 50 pek, WhatsApp kami dulu. Kami beri sebut harga dan cadangan menu ikut bajet anda.

Ringkasan Pesanan

Produk
Jumlah RM0.00

Caj penghantaran (jika ada) dimaklumkan semasa kami hubungi anda.

Bayaran selamat melalui ToyyibPay

Ini Contoh Website

Di website sebenar, butang ini berfungsi sepenuhnya.