Sistem & Aplikasi Khas

Perlukan Sistem atau Aplikasi untuk Bisnes Anda?

Selain website, saya juga membina perisian khas untuk bisnes: sistem dalaman, aplikasi web dan aplikasi telefon yang dibina mengikut cara kerja anda, bukan sebaliknya.

Harga mengikut skop. Sebut harga percuma selepas kita bincang keperluan anda.

Bincang Projek Anda

Contoh Sistem yang Boleh Dibina

  • Tempahan dan Jadual KerjaTugasan pekerja, temujanji dan jadual servis.
  • Rekod Pelanggan dan ServisSejarah kerja, aduan dan susulan pelanggan.
  • Inventori dan StokBarang masuk dan keluar, amaran stok rendah.
  • Sebut Harga dan InvoisDokumen dijana terus dari sistem.
  • Laporan dan Papan PemukaAngka penting bisnes dalam satu skrin.
  • Aplikasi TelefonUntuk pekerja di lapangan atau pelanggan anda.

Cara Kerja

  1. Ceritakan masalah atau proses yang mahu dipermudahkan.
  2. Saya cadangkan penyelesaian dan beri sebut harga.
  3. Dibina berperingkat, dan anda uji setiap bahagian.
  4. Latihan penggunaan dan sokongan selepas sistem digunakan.
Projek Terkini · Sistem Khas

Sistem Pengurusan Kerja Servis untuk Kontraktor Penyejukan

Sebuah kontraktor penyaman udara dan penyejukan dahulu mengurus kerja penyelenggaraan melalui kumpulan WhatsApp dan Google Sheet. Saya bina satu sistem yang mengikut setiap kerja, dari aduan kerosakan hingga invois.

  • Web untuk PejabatDaftar kerja, tugaskan pasukan dan urus bil di satu tempat.
  • Aplikasi untuk JuruteknikGambar dan laporan servis dari lokasi, walaupun tanpa line.
  • Tiada Bayaran TerlepasKerja yang siap tetapi belum dibilkan ditanda secara automatik.

Pendekatan yang sama sesuai untuk bisnes yang mengurus kerja, lawatan atau pesanan merentasi satu pasukan: penyelenggaraan dan pembaikan, pembersihan, logistik, pemeriksaan, pemasangan dan jualan lapangan.

Servis Lain

Perlukan Website Juga?

Website dari RM299, serta reka bentuk profil syarikat dan Google Business Profile.