Jambangan Tangan
Hari jadi, ulang tahun, graduasi atau tanda minta maaf.
dari RM45
Lihat ButiranContoh Pakej · Bisnes Rekaan · Idaman Creative Studio
Florist di Seksyen 7, Shah Alam · Sejak 2021
Jambangan untuk hari jadi dan graduasi, bunga pengantin, stand ucapan tahniah dan hamper. Semuanya digubah tangan di studio kami dan dihantar pada hari yang sama ke sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
Tempah sebelum 2 petang, sampai hari ini juga.
Kami beli bunga setiap pagi, bukan stok minggu lepas.
Tempah sebelum 2 ptg untuk Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
Tulis ucapan anda, kami sertakan kad cantik dengan setiap pesanan.
Kami WhatsApp gambar gubahan anda sebelum ia keluar dari studio.
Servis Kami
Lima servis utama, satu studio yang teliti. Pilih servis untuk lihat butiran dan harga.
Hari jadi, ulang tahun, graduasi atau tanda minta maaf.
dari RM45
Lihat ButiranJambangan pengantin, pelamin, dais dan gubahan meja.
dari RM169
Lihat ButiranStand pembukaan kedai, gubahan pejabat dan dekorasi acara.
dari RM169
Lihat ButiranKarangan bunga takziah dan gubahan semoga cepat sembuh.
dari RM89
Lihat ButiranBunga bersama coklat, kek mini atau buah-buahan segar.
dari RM159
Lihat ButiranPilihan Popular
Harga sudah termasuk kad ucapan. Caj penghantaran RM15, percuma untuk pesanan melebihi RM200.
dari RM129
Order di WhatsAppdari RM89
Order di WhatsAppdari RM159
Order di WhatsAppdari RM159
Order di WhatsAppCara Tempah
Beritahu gubahan, bajet dan tarikh. Hantar gambar rujukan jika ada.
Kami sahkan harga dan masa hantar. Bayar melalui pindahan bank atau DuitNow.
Kami hantar foto gubahan dahulu, kemudian bunga sampai ke tangan penerima.
Contoh bagaimana ulasan pelanggan dipaparkan. Website sebenar akan memaparkan ulasan pelanggan anda sendiri.
“Jambangan graduasi untuk adik saya sampai tepat masa, dan gambar dihantar dulu sebelum delivery. Sangat lega.”
“Order pukul 11 pagi untuk ulang tahun, petang itu juga dah sampai di pejabat isteri saya.”
“Stand tahniah untuk pembukaan kedai kami nampak mewah, dan bunganya masih segar seminggu kemudian.”
Lihat jambangan, bunga pengantin, stand dan hamper yang pernah kami gubah.
Lihat GaleriMinta sebut harga untuk perkahwinan, acara syarikat atau tempahan besar.
Hubungi KamiUtama / Tentang
Tentang Kami
Kuntum Florist ialah florist kecil milik keluarga di Shah Alam. Kami percaya bunga yang baik bukan sekadar cantik, tetapi sampai tepat masa dan membawa maksud yang betul.
Kuntum bermula pada tahun 2021 di dapur rumah kami di Seksyen 7. Ketika itu ramai yang tidak dapat berjumpa keluarga dan rakan, jadi sejambak bunga menjadi cara untuk berkata “saya ingat awak”. Pesanan pertama kami ialah jambangan hari jadi untuk seorang jiran.
Dari mulut ke mulut, pesanan bertambah: jambangan graduasi, bunga untuk pasangan yang baru bernikah, dan stand untuk kedai yang baru dibuka. Hari ini kami beroperasi dari studio kecil di Jalan Plumbum 7/101, tetapi cara kerja kami masih sama: setiap gubahan disemak satu per satu sebelum keluar.
Nama “Kuntum” dipilih kerana setiap pesanan bermula dengan sekuntum bunga, dipilih dengan teliti untuk orang yang istimewa.
Bermula dari rumah dengan jambangan hari jadi untuk kawan dan jiran, dihantar sendiri.
Membuka studio kecil di Seksyen 7 dengan peti sejuk bunga dan ruang ambil sendiri.
Mula menerima tempahan perkahwinan dan korporat: pelamin, meja tetamu dan stand tahniah.
Penghantaran hari yang sama diperluas ke Klang dan Subang Jaya.
Pasukan kecil penggubah bunga yang menyemak setiap pesanan sebelum ia dihantar.
Cara Kami Bekerja
Kami pilih bunga segar setiap pagi mengikut pesanan hari itu, supaya tiada bunga lama dalam gubahan anda.
Warna, saiz dan ucapan disesuaikan dengan majlis dan bajet anda. Ada idea sendiri? Hantar gambar rujukan.
Sebelum keluar, kami WhatsApp gambar gubahan kepada anda. Mahu ubah sedikit? Masih sempat.
Bunga diletak dalam bekas air dan dihantar terus ke penerima di Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
Nilai Kami
Kami tidak simpan bunga berhari-hari. Apa yang anda terima ialah bunga yang segar.
Balutan, reben dan kad ucapan diberi perhatian yang sama seperti bunga itu sendiri.
Harga jelas dari awal. Jika bunga tertentu tiada, kami beritahu dan cadangkan pengganti.
Hari jadi dan majlis tidak boleh tunggu. Kami rancang penghantaran supaya sampai pada waktunya.
Studio Kami
Studio kecil kami terletak di kawasan perumahan Seksyen 7, Shah Alam. Di sini kami simpan bunga dalam peti sejuk, gubah setiap pesanan dan sediakan ruang untuk pelanggan yang mahu ambil sendiri.
Kenapa Kuntum
Kesegaran yang tahan lebih lama di rumah atau pejabat penerima.
Tempah sebelum 2 ptg, kami hantar hari ini ke Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
Setiap pesanan disertakan kad dengan ucapan anda, ditulis kemas.
Anda lihat gubahan sebenar dahulu. Tiada kejutan yang tidak diingini.
Utama / Servis
Servis Kami
Lihat apa yang termasuk, harga permulaan dan cara tempah untuk setiap servis. Perlukan sesuatu yang khas? Tekan “Minta sebut harga”.
Servis 1
Untuk hari jadi, ulang tahun perkahwinan, graduasi, atau bila anda perlu berkata “maaf”. Pilih bunga kegemaran penerima, atau biar kami cadangkan ikut bajet anda.
dari RM45 / jambangan
Mawar merah 12 kuntum RM129 · Bunga matahari RM89 · Graduasi + teddy RM109
WhatsApp atau isi borang sebelum 2 ptg untuk penghantaran hari yang sama.
Servis 2
Dari jambangan pengantin hingga hiasan pelamin, kami gubah ikut tema warna majlis anda supaya semuanya nampak seiring dalam setiap gambar.
dari RM169 / jambangan pengantin
Pelamin, dais dan meja: sebut harga ikut saiz dewan dan jumlah meja.
Tempah sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum majlis. Deposit 30% untuk kunci tarikh.
Servis 3
Pembukaan kedai, majlis pelancaran atau lobi pejabat: bunga yang memberi kesan pertama yang baik kepada pelanggan dan tetamu anda.
dari RM169 / orkid pasu
Stand ucapan tahniah dari RM280 · Dekorasi acara: sebut harga
Hantar nama syarikat dan teks reben. Tempah sehari awal untuk stand.
Servis 4
Ucapan simpati dan doa, disampaikan dengan sopan dan tepat masa. Kami utamakan pesanan takziah pada hari yang sama.
dari RM89 / gubahan sembuh
Karangan bunga takziah dari RM260
WhatsApp nama penerima, teks reben dan alamat. Kami sahkan masa sampai dalam masa 15 minit.
Servis 5
Bunga bersama sesuatu yang manis: coklat, kek mini atau buah-buahan segar, disusun dalam bakul anyaman yang boleh digunakan semula.
dari RM159 / hamper
Bunga & coklat RM159 · Kek mini RM189 · Buah-buahan RM209
Hamper kek perlu ditempah sehari awal. Hamper lain boleh dihantar hari yang sama.
Soalan Lazim
Shah Alam, Klang dan Subang Jaya untuk penghantaran hari yang sama (tempah sebelum 2 ptg). Kawasan lain di Lembah Klang boleh dihantar keesokan hari; tanya kami dahulu.
RM15 untuk setiap alamat, dan percuma untuk pesanan melebihi RM200.
Pindahan bank, DuitNow QR, atau tunai dan kad semasa ambil sendiri di studio.
Kami akan maklumkan dan cadangkan bunga pengganti yang sama warna dan nilai sebelum menggubah. Anda tetap terima foto untuk pengesahan.
Boleh. Pilih masa ambil semasa tempah, dan WhatsApp kami bila anda hampir sampai.
Utama / Galeri
Galeri
Sebahagian gubahan yang pernah kami siapkan. Tapis ikut kategori, dan tekan mana-mana gubahan untuk paparan besar.
Ilustrasi digunakan dalam contoh ini. Website sebenar memaparkan foto hasil kerja anda sendiri.
Utama / Hubungi
Hubungi Kami
Isi borang pertanyaan dan kami balas dalam masa sejam pada waktu operasi. Perlukan jawapan segera? WhatsApp atau telefon kami terus.
Ini emel yang diterima pemilik kedai:
Lokasi
Cari Kami di Google
Beginilah rupa Kuntum Florist di Google Maps dan hasil carian Google: profil perniagaan dengan alamat, waktu dan butang terus, serta tajuk dan penerangan untuk setiap halaman.
Kedai bunga · Seksyen 7, Shah Alam
Kuntum Florist | Kedai Bunga Shah Alam, Hantar Hari Sama
Kuntum Florist, kedai bunga di Seksyen 7, Shah Alam. Jambangan, bunga pengantin, stand korporat dan hamper. Hantar hari sama untuk tempahan sebelum 2 ptg.